ﻢ ﷲ


EN. NUFFNANG ☺

Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺

Tuesday, August 7, 2012

Luahan Hati Dato' Lee Chong Wei



Assalamualaikum semua, hari ini, IA nk post kata2 yg diluahkan oleh DLCW selepas gagal meraih Pingat Emas yang diimpinya di Olympic 2012 London. IA tgok dari ayatnya, memang nanges terus sedih perasaan dia.. Ape2 pon.


Sepatutnya Negaraku Berkumandang...

TIADA kata-kata yang dapat
menggambarkan perasaan saya
ketika Lin Dan mengutip mata
terakhirnya untuk memenangi
pingat emas Olimpik di Wembley, Ahad lalu. Kalau ia sebuah wayang gambar, saya harap
bumi akan terbelah lalu menelan saya.

Saya telah mengecewakan
negara, peminat, keluarga dan
paling penting diri saya sendiri
kerana saya benar-benar
mahukan pingat emas. Saya
benar-benar minta maaf kerana gagal menyumbangkan pingat.

Sekiranya ada kebaikan yang
telah saya lakukan, maka ia
adalah kerana saya telah
menyatukan rakyat Malaysia atas satu sebab.

Sukan dan
perpaduan adalah pemenang
sebenar.

Berulang kali saya diajukan
dengan persoalan, apakah yang
bermain difikiran saya ketika
kedudukan terikat 19-19.

Apakah saya kesal kerana
membiarkan bulu tangkis jatuh lalu menghadiahkan Lin Dan mata ke-19 dan menyamakan
kedudukan.

Apakah
perancangan saya ketika itu ?

Sejujurnya, saya cuma memberi
tumpuan kepada cabaran yang
datang pada ketika itu. Saya
tidak punya kekesalan kerana
hilang mata tersebut, biarpun
orang lain mungkin kata saya tersilap melakukan agakan bulu
tangkis. Apa pun, ia sudah keluar dan saya sangat terkejut
apabila ia jatuh di atas garisan.

Situasi itu sebenarnya tidak
begitu menganggu tumpuan saya
kerana saya tahu saya masih boleh mengalahkannya tetapi takdir begitu kejam terhadap saya, tuah pula berpihak
kepadanya, malah jaring juga
telah menyelamatkan dia.

Sebaik mata terakhir berjaya
dimenangi, saya terus rebah.

Saya tahu saya telah
menghampakan 28 juta rakyat
Malaysia yang mengharapkan
saya untuk menang. Dan, ketika lagu kebangsaan China berkumandang, air mata saya
terus mengalir kerana saya
memasang impian lagu Negaraku
yang akan berkumandang di gelanggang termasyhur, Arena Wembley.

Kira-kira sembilan minggu lalu, ramai yang meragui bahawa saya mampu melangkah semula ke
gelanggang tetapi hari ini saya boleh katakan, Chong Wei masih hidup dan boleh menendang.

Selepas ini saya akan berehat
seminggu dan kemudian kembali berlatih, membuat persiapan untuk Liga China.

Kejohanan saya selepas ini adalah Terbuka
Jepun, September nanti.

Ya, saya telah kalah tetapi saya
telah memberikan permainan
terbaik saya.

Biarpun kecewa
dengan kekalahan ini tetap dari sudut lain, saya gembira kerana
kebanyakan rakyat Malaysia
faham bahawa saya sudah
memberi segala yang terbaik dan
mungkin, kalau saya dilahirkan di era lain keadaan akan jadi berbeza.

Hanya ada satu Lin Dan dan pada masa yang sama, hanya ada satu Chong Wei.

Lin Dan bermain dengan amat
baik, dia telah meningkatkan
permainannya dan telah
memusnahkan saya menerusi
stroke hebat di set kedua. Bagi
saya, saya berjaya mengimbangi
kelebihan yang ada padanya
ketika mendahului 18-16 di set
ketiga dan ia telah menaikkan
keyakinan saya, malangnya ia
tidak menjadi seperti yang
diharapkan.

China menyapu bersih semua
pingat emas di sini seperti yang
mereka lakukan pada dua
Kejohanan Dunia terakhir. Saya
tidak melihat penguasaan
mereka akan berakhir dalam
masa terdekat kerana mereka
telah melabur dengan begitu
banyak dalam pembangunan,
sesuatu yang perlu dilakukan
oleh Malaysia, Indonesia, Korea
dan Denmark jika mahu
mencabar keunggulan China.

Olimpik mungkin penampilan
besar terakhir buat Peter Gade
dan Taufik Hidayat tetapi bukan untuk Chong Wei kerana saya
masih cuba merangkul
Kejuaraan Dunia 2013, selain
Sukan Asia dan Sukan Komanwel 2014.

Dan, Lin Dan
juga boleh menjangkakan tiada laluan yang mudah buatnya
dalam tempoh dua tahun ini.

Semalam, selepas tamat
permainan saya melawat bilik
media, saya bertemu wartawan
Malaysia dan mengucapkan
terima kasih kepada mereka.

Akhir sekali, terima kasih kepada
seluruh rakyat Malaysia untuk
kepercayaan yang mereka
berikan kepada saya selama ini.

Sekali lagi, maafkan saya atas kegagalan ini dan saya berjanji
akan cuba yang terbaik untuk
membawa penghormatan buat negara ..


-LEE CHONG WEI-



sumber :fb


Setakat ini saja post IA kali ni.. TQ sudi luangkan masa kat blog yg tak brapa famous ni.. Wassalam.

2 comments:

ajax85 said...

xpe lah walaupun kalah..yg pntg semangat melawan itu penting..hehehhe

wana wazm said...

nak menang hadiah rm100 ? jom joinhttp://coretangirlblog.blogspot.com/2012/08/eyriqazz-vs-denaihati-untuk-semua.html

SHOUT !!!