ﻢ ﷲ


EN. NUFFNANG ☺

Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺

Monday, October 14, 2013

Hari Raya Haji 2013

  Asalamualaikum & Selamat Sejahtera, IA ucapkan pada pembaca blog Nukilan Cyber. IA tau semuanya jarang nak membaca hasil penulisan IA ni,sebab IA pon tulis hanya sekadar memberitahu kepada pembaca tentang kebenaran & kesahihan, IA tak tulis secara mebuta tuli atau menggoreng sesuatu fakta.( serius jap haha).. Bagi hangpa yang duk heran awat la IA tulis macam ni kali ini, haa sebab kita dah nak menyambut Hari Raya Korban atau Aidiladha atau hari raya haji. (tapi apa kena mengan eh) haha nanti dulu, IA saja "slow"  mood sikit bagi post kali ni sebab ada segelintir pembaca komen, bila la nak tengok hang ni serius, okay, saya dah tunai kan hajat seseorang tu nak lihat saya ni serius. Serius tak??
Okay, cukup la penulisan IA kali ni, tadak apa nak dicerita pun, lepas ni IA nak post pasal kejadian praktikal tahun lepas yang IA lalui. Nak tau? tunggu.. IA dah nak start karang next week..

IA ucapakan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, sempurnakan IBADAHMU... :)




Wednesday, September 25, 2013

Zon Ceria Suria FM

Asalamualaikum.. hai2.. hari ni IA nak kongsi sikit info menarik buat orang2 SUNGAI PETANI.. apa yg menarik? hang nampak tak tajuk yg aku bagi kat atas tu.. haha (padan muka). Apa tu zon ceria? (menarik ke?) kalau nak tau zon ceria tu adalah zon dimana pihak SURIAFM akan singgah ke satu restoran makanan dan akan bayarkan semua makanan yang dimakan oleh pengunjung yang berkunjung di restoren tersebut pada masa dan hari kejadian (betul kerr niee??) haa... betul... betoi.. botoi.. ha pa lagi..

kalau tak caya.. meh IA nak bagi IKLAN dari pihak SURIA FM


nampak clear tak? tak nampak mohon ZOOM sendiri.. hehe

bukan kat SP ja.. tp IA difahamkan banyak tempat dh diorg buat cam ni. IA difahamkan jugak (IA ni mcm tak faham byk je haha) lokasi yg dibuat di SP ni adalah lokasi terakhir.. ntah betul ke tak..
ok lah.. jangan lupa DENGAR SURIA FM Menceriakan Duniamu.SP = 106.9FM ada RDS lagi tuh..

OK sekian...

*maaf kalau bahasa yg digunakan agak ringkas sebab terbiasa dgn SMS :P :P

Thursday, August 15, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434H


Asalamualaikum para pembaca blog yg kurang hangat ni, IA nak hanya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN andai IA tersalah cakap, tersalah tulis, tersalah pandang & semua yg tersalah yg IA tak perasan. Semoga hubungan kita sesama kawan di alam maya ini dapat di eratkan lagi. Jemputlah dtg ke rumah jika ada kesempatan.

*post ini lewat diterbitkan atas alasan membantu mama IA membuat kuih & menghadiri banyak rumah terbuka (mohon terima alasan ini) hehehe

**SELAMAT HARI RAYA bagi yg dh selesai berpuasa 6 :)

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan



Assalamualaikum w.b.t.. IA ucapkan buat smua pembaca yg sedang membaca penulisan ini. IA dah lama tak menulis dalam laman blog disebabkan kesempatan yg kurang dengan kerja2 harian & peribadi yg penuh dgn sesak "ibarat trafik jem di Kuala Lumpur..hehehe" maafkanlah IA jika kekurangan IA ni membuat pembaca "bosan". Sejujurnya IA nak saja tiap2 hari update & upgrade blog, namun masa yg ada gagal IA uruskan utk menulis secebis ayat dalam blog. Di kesempatan ini. IA nak mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, BULAN yg penuh dgn barokah & bulan paling mulia.

*bagi yg mampu & wajib puasa, HOPE puasa penuh, kalau ponteng jawabla dgn Allah. :D
*Solat Tarawikh JANGAN DILUPA !!

SALAM RAMADHAN 1434 Hijrah

Thursday, April 4, 2013

Peribahasa "Bagai Melepaskan Batok Di Tangga"

Assalamualaikum.. bertemu lagi dalam penulisan yang seterusnya, kali ini IA nak "menjelaskan", "menerangkan" atau mencerahkan.. apa yg selalu gelap..hehe selalu orang salah faham antara Batok & Batuk ni.. LAIN BENDANYA. Nah.. IA nak jelaskan bagi siapa yang belum faham apa tu batok & batuk.. meh kita tengok meh...

 Betul 
 :: Bagai melepas batok ditangga ::

Salah
:: Bagai melepas 'batuk' ditangga ::

Maksudnya: Orang yang buat kerja tidak sempurna kerana di misalkan , batok tu sepatutnya diletakkan semula dalam tempayan atau digantung semula ditempatnya bukan dibiarkan sahaja di tangga selepas digunakan menceduk air untuk membasuh kaki. Batuk - runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang Batok - bekas menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa Jadi selepas ni .. kita guna yang betul yer.. lepaskan "batok" bukan "batuk" :D


 


 #begitulah kecerahannya.. :P

Sejarah..... ???

Assalamulaikum, salam dari IA untuk semua pembaca, pagi2 buta ni, IA nak meluahkan rasa hati yang dah lama terpendam.... (dah macam kisah cinta..kekeke) :P Kemunculan IA kali ni nak memberi pandangan terhadap Keadaan Melayu sekarang dengan Melayu dahulu. Ada beza kah? hehe IA sendiri pun "konfius" dengan Melayu sekarang (zaman selepas merdeka) sebab banyak yang IA perhatikan Melayu sekarang lebih selesa dengan "nikmat kesenangan dunia" hinggakan maruah mempertahankan "bangsa" tidak ada dalam diri. IA nak mintak maaf la jika statement ni kurang menyenangkan beberapa pihak yang tak boleh menerima kata-kata ini. IA bukannya nak merendah2kan bangsa IA sendiri, tetapi dengan nyata IA nampak, Melayu memang tak nak jaga maruah diri. MARUAH? ya.... maruah melayu yang IA lihat makin hari, makin berkurang dan lemah sejak kuasa eropah menakluki tanah melayu. Maafkan IA sekali lagi jika perkataan itu mengguris hati2 pembaca. apa yang IA maksudkan tentang maruah? mari sini IA terangkan dengan jelas apa yang IA nampak. perasan tak? kita masih dijajah dari segi mental & gaya hidup oleh eropah? cuba kita tengok kembali bagaimana sistem undang2, hingga ke hiburan, apa yg paling banyak kita ikut? yes.. "mat saleh" itu jugak yang kita banggakan. IA bagi contoh RADIO cukuplah. SIARAN radio English? ok tak pa 100% english. Radio mandarin? ok 100% mandarin. Tamil? 100% tamil, Semua radio melayu, termasuk radio klasik??? 90% saja melayu dan selebihnya mesti lagu mat saleh.. apa dah jadi??? kenapa tak ikut cara melayu & islam? bukan sampai tak da langsung yang ikut cara melayu & islam, cuma tak banyak, segelintir yang terbuka pemikirannya sahaja yang sedar untuk mengikuti 100% cara melayu & islam. IA ambil contoh seorang kawan IA yang terlalu "bangga" dengan negara amerika tu.. IA pon tak faham awat la jadi lagu tu. dia tak tau ka, Melayu adalah sebuah bangsa yang terawal yang maju dari bangsa eropah? ada lagi sumber yg masih lagi dikaji, melayu merupakan sebuah kaum yang hilang yang dicari2 oleh pengkaji sejarah barat iaitu sebuah bangsa yang paling agung & paling maju "SEBELUM" empayar firaun dahulu.. percaya? YA anda patut PERCAYA kerana bukti2 tersebut makin hari makin dijumpai. Bukan IA nak suruh bangga ke apa, cuma nak mintak bangsa melayu ni sedar, kita ni dah DIKABURKAN oleh BRITISH dengan mengurangkan semua kuasa2 pemerintahan melayu, sejarah keagungan melayu. sebagai contoh, mereka hanya mendedahkan kepada kaum melayu pada zaman pemerintahan mereka ditanah melayu bahawa kerajaan melayu hanya gemilang pada zaman pemerintahan kerajaan Melaka sahaja. APASAL? sebelum tu, Melayu tak da kerajaan ka?? sebabnya, pihak BRITISH dah KABURKAN sejarah kita, mereka simpan khazanah2 kita di tempat mereka supaya orang melayu merasakan diri mereka lemah dan tiada apa2 yang patut diteruskan oleh pemimpin2 yang hebat dahulu. Macam kerajaan kedah tua, yang sememangnya merupakan kerajaan paling kuat ketika zaman pemerintahannya, mengikut cerita2 dahulu, pembukaaan kerajaan kedah ni berasal dari seorang anak maharaja china yg pada ketika itu maharaja china (bapanya) menyuruh anaknya membuka kerajaan di sini (kedah). anak maharaja china tu lah merong maha wang ser (merong mahawangsa). bukan saja2 bapanya suruh anak dia membuka kerajaan disini, tetapi ada peristiwa yang dh berlaku sebelum ni.. nak tau apa? nanti IA ceritakan. mungkin dalam kepala pemikiran hangpa la ni: 1) apa kena mengena china dengan kedah? 2) kedah ni hebat sangat ka dulu? 3) tu siam tu sapa bukak? 4) tang (dekat) area mana merong mahawangsa ni pi bukak kedah? #buat pengetahuan semua pembaca, IA ada buat kajian & pengumpulan bahan2 cerita sejarah sedikit dengan bantuan para2 pengkaji sejarah bebas, KEDAH ni ada kaitan dengan kejadian banjir besar pada zaman nabi nuh a.s, & itu pon antara sebab kenapa maharaja china ketika itu menyuruh anaknya membuka kerajaan di sini. (kena paham, masa ni maharaja china tu ISLAM tapi sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W & keturunan maharaja china tu dari Iskandar Zulkarnain... Wallahua'llam. # IA mintak, sama2 lah kita mengkaji disamping dunia teknologi yg semakin mudah untuk membuat kajian disamping adanya talian internet untuk memudahkan perkongsian bersama :) IA pon bukan tau banyak sangat cuma berkongsi bahan daripada rakan2 yang lain. maafkan IA jika ada terkasar bahasa penulisan yang tidak disengajakan.

Tuesday, February 5, 2013

Haida - 5 Tahun Saja

Meh download lagu terbaru Haida - 5 Tahun Saja :

http://www.4shared.com/mp3/8yqnmMLX/Haida_-_5_Tahun_Saja.html


 *maaf blum ada lagi idea nk tulis, tp IA akan kmbali menulis blog tidak lama lagi, atas permintaan cik lela.. sabaq na.. nanti kami tulis..haha

SHOUT !!!