ﻢ ﷲ


EN. NUFFNANG ☺

Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺

Sunday, December 18, 2011

Drama Vanila Coklat

Assalamualaikum, kali ni penulisan blog aku lain sikit & serba ringkas akibat tido BZ yg melampau, nak crita pasal sebuah drama kat tibi tiga yang dijangkakan meletop.. pape pon sama2 kita nantikan 20 Disember ni.


Kalau ampa semua nk tau, Vanila Coklat, sebuah drama romantik komedi yang menampilkan Izara Aishah sebagai Zara, Aiman Hakim Ridza (Mentor 5) sebagai Aamir, Iqram Dinzly sebagai Kamal dan Nabila Daly sebagai Liana bakal mengisi slot Lestary menggantikan Cinta Elysa bermula 20 Disember ini. Drama bersiri 13 episod ini diarahkan oleh Emi Suffian Sabhe, skrip ditulis oleh Panel AMC dan diterbitkan oleh Asia Media Content.



* Tak pa.. aku akan sedia kan LINK YOUTUBE utk memudahkan ampa tgok crita ni. bagi sapa2 yg terlepas tgok crita ni, bleh la layan kat link youtube yg akan aku bg.. Harap ampa puas ati.. Sorry kalau ada terkasar bahasa ^_^ V

Saturday, October 8, 2011

Status 'ORIGINAL' ke tak.. handphone hampa semua...?? ☺

Assalamualaikum smua, hari ini aku seronok2 tiba2 nk tulis blog mngenai handfon, so aku nk kongsikan skit info dgn hampa smua,


1st step,


Sila lah type kat handfon *#06#
then akan keluar IMEI [ International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI handphone korang di kedudukan 7 dan 8
contoh : 358671017470473...
... kedudukan ke 7 dan 8 ialah ******01*******










2nd,


utk semak ori ke x handfon tu...let's check it out:
02 or 20 ► dari ChinaLOW QUALITY
08 or 80 ► dari Germany → FAIR QUALITY
01 or 10 ► dari Finland → VERY GOOD
00 or 03 or 04 ► dari kilang asal handphone → BEST MOBILE QUALITY
13 : dari Azerbaijan →VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH




3rd


Kalu nk taw detail lengkap, *#92702689# (utk nokia versi s40) bleh taw jenis software dia, sjak bila dikilangkan, & tahun dibuat..
utk sony pula,juz tekan ►,*,◄,◄,*,◄,*. (kanan,star,kiri,kiri,star,kiri,star) tkan dalam lingkungan 1 saat utk sekali tekan. ia akan list 4 info utk hp tersebut.. ☺ SEKIAN post utk hari ni.. TERIMA KASIH kerana sudi mbaca info yg tak seberapa ni..

Tuesday, September 20, 2011

Cara Mudah Mengelak VIRUS.. versi [Windows Vista & Windows 7]

Assalamualaikum sahabat2 ku semua... Alhamdulillah... setelah sekian lama saya menyepi akhirnya saya berjaya jugak meriuhkan muncul kembali utk menulis blog. Bukan pa sangat, sebenarnya kemudahan internet tidak ada di rumah, jadi apa2 yg berkaitan dengan online terpaksa saya tangguhkan atas sebab2 tersebut. Maaf ye kawan2 jika ada dalam kalangan sahabat2 blogger yg merindui penulisan saya...hehe(prasan betul aku ni..ceh) ok, tanpa membuang karen & tenaga utk merepek lebih panjang jom kita sama2 kongsi ENTRY saya utk bulan ini & pembukaan semester ini..

Nampak mcm bentuk ilmiah skit kn tajuk entry saya kali ni. Yup.. mmg ilmiah pon sebab entry yg sebelum ni yg mndapat tmpat di hati para pmbaca blog NC (nukilan cyber) ni telah membuatkan blog saya menjadi banjir.
Ape pasal? sebab ramai yg duk puji menangis setelah mmbaca entry tersebut. So, sementara menunggu banjir tu surut, saya letak entry ini dulu supaya tidak melimpah..hehe
Ai.. mngarut lagi aku ni..ish2.. ok2 jom kita belajar macam mana cara mudah nk mngelak virus dari terus menular dalam PC/ laptop yg kita sayangi..

Perkara pertama yg perlu hampa buat, cucuk pendrive (tak kisah la apa jenis pon)
selepas tu, buka MY COMPUTER... kalu tak tau kat mcm mana environment my computer, mai nk tunjuk kat bawah ni:

ok, seterusnya, hampa JANGAN sesekali klik kat ICON pendrive yg hampa nk bukak tu, kalu hmpa buka, maknanya, hampa dh mengundang virus dalam pndrive tu menular dalam PC hmpa.. sbb pencipta virus ni depa dh set 'autorun' kat dlm pndrive. nk crita panjang mcm mana depa bleh buat mcm tu jenuh la nk taip.. nanti2 kalu ada permintaan suh crita, saya taipkan ye...
Baiklah, mcm mana nak BUAT???
Ikut mcm Gmbar kat bawah nie.....



INGAT tau.. klik mcm tu...
INSYA'ALLAH... virus takkan merebak dalam PC anda...

Selepas tu selesai lah..hehe SIMPLE je kn?


**HANYA UNTUK VERSI WINDOWS 7 & VISTA SAHAJA** utk Windows XP akan mnyusul nanti.

Semoga anda faham utk entry kali ni, sbb saya ni tak brapa reti nk ngajar, juz nk kongsikan sedikit ilmu yg saya ada ni .. moga hmpa dpt trima dgn baik... ☺

Kalu ada persoalan, bleh kemukakan kat komen di bawah.SEKIAN entry utk kali ini... TERIMA KASIH kerana sudi membaca...

Sunday, May 1, 2011

Selamat Ulang Tahun > IZAHAR™ Blog< yg KE-3 ^_^


dah 3 tahun rupanya aku dlm dunia blogger ni, pape pon POST aku masih kurang jika nk dibandingkan dgn org lain yg baru berkecimpung dlm blog2 nie.. ni disebabkn kurangnya minat aku nk menulis karya2 aku sndiri, bak kata org kedah PENYEGAN..hehe Pape hal, aku amat berterima kasih kepada 9 org Follower aku termasuk MY LECTURE CIK AZURA yg telah mmberikan komen, markah semasa menilai blog aku time dia ajar aku dulu di SEM 1, skrg ni pon aku dh sem 4 dh pon.. ok.. aku kn tak suka menulis, so aku chaw dulu.. dgn ucapan ASSALAMUALAIKUM... ♥ TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBACA PENULISAN AKU YG TAK SEBERAPA NI...

Monday, April 18, 2011

Kisah Pada Satu Malam ☺

AsSalam kwn2 ku, ini adalah entri pertama aku yg asli dalam tahun ni, maknanya, tahun ni aku banyak ambil artikel2 dari sumber lain dan aku olahkan dalam perkataan aku..haha punya la terer aku cedok2 ni... tp bg entri kali ni, aku ambik inisiatif, tulis blog dgn cerita aku sendiri setelah melihat kwn2 tulis cerita hidup depa sendiri.. (tiba2 keluaq loghat utara no..) mmg la, cek ni org Utara.. Kalau hampa nk taw, cheq ni dilahirkan kat penang, mmbesaq kat kedah, sampai smbung stdy pon kat kedah lagi ( bukan saja mintak kt sini tp rezeki nk blajaq still kat sini, bukan salah cheq..hehe) tapi bukan yang ni cheq nk habaq kat blog ni, cheq smlm dapat satu berita tergempaq yg tak penah semena2 berlaku dlm hidup cheq. Nk taw apa??
Meh sini cheq nk crita kat hampa..
Smlm slepas cheq habis meeting untuk projek persatuan & subjek cheq, Bengkel Etika & Kerjaya Media, cheq teruih pi cafe nk pi cocok duit kat ATM (sambil2 buat2 jalan macho..haha) tak de lah gurau je, cheq pon jln cm hmpa gak, besa2 ja..

Sambil2 aku jalan tu, dlm pertengahan meja cafe tu, cheq ternampak member cheq sedang sibuk duk siapkan asgment group depa kat cafe, member cheq ni classmate & kosmate cheq gak..haha tp pasai asgment group tu, group cheq awai2 lg dh setel.. tak la risau..hehe (ayat plepas)
Cheq pon duduk la join dgn depa, saja2 jdi penyibuk sat, mklumlah, cheq ni gak suka myibuk2.. bila cheq duduk tu, cheq tnya la mcm2 soalan myibuk.. yela, takkan nk duk saja plak kn??
Pastu, member cheq ni dia tnya cheq plak.. taw tak apa soalan yg dia tanya??
Cm ni cara dia tnya “ wei at, hang berani tak? mau tak jadi pelakon extra utk drama komedi RAMPOMPOM?”

Pastu cheq pon dlm hati “cis, ingat aku ni penakut ke depan kamera” (padahal mmg pon) kah3
Cheq dgn slamber derk je jwb, “ehem2 bleh gak..” “tapi  shoot kat mana? Pasaipa plih aku?”

Dia pon jwb “ aku kna cari plakon extra yg kurus sorang & aku tgok yg tuff kurus dlm kelas kita hang sorg ja..” Dia kata, shoot dalam kawasan UUM & Sekitar Kangar ja, juz nk pakai watak extra dlm 3 hari.
Aku pon jawab “o... cm tu” dlam crita tu, diorg nk 2 org watak bdan yg besar & sorg watak bdan kurus, yg nk join main pasukan rugbi. Aku rasa mmg klakar la crita ni nanti, production yg shoot crita ni bkn calang2 org taw, kata mmber aku yg disampaikan oleh lecture aku, diorg ni dari production luar, bkn yg dlm kampus, & crita ni jugak akan dityangkn kat astro bila dh siap shooting nanti..



Dipendekkan crita smua aku pon stuju la trima tawaran tu sbb nk timba pgalaman, & kalau hmpa nk taw, aku blom pernah lagi blakon & brhadapan dgn kamera, tak taw la cm na nanti..tp itu pon baru je tawaran blum tntu lagi aku dpt blakon ke tak..hehehe

So, skian la saja entri aku kali ni..smoga ampa jgn tersengguk2 bca.. mklum lah, tak pernah lagi tulis entri sndri, nanti kalu da masa & minat, dan juga peminat dlm blog ni, aku tulis lagi ye kwn2.. ok wassalam.


P/S: aku nk tanya pendapat hmpa la, rasa2 patot tak aku trima tawaran tu? Bg komen skit no. ^_^

KLIK SINI UNTUK SUMBANGAN KEPADA BLOGGER



Friday, April 1, 2011

Rokok Mengikut Kacamata Al -Quran

 Dalil 1:


“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna.” (Surah Al-Mu’minun: 1-3).Ummu Salamah berkata, “Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).”(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)




►       Rokok adalah perkara yang tiada mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri, orang lain, masyarakat, dan seterusnya kepada Islam. Rokok juga melemahkan system dalam badan sedikit demi sedikit tanpa disedari. Menjadikan kita ketagih tetapi tiada bermanfaat.



Dalil 2:


“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.(Surah Al-Baqarah: 195). “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya membazir adalah sahabat-sahabat syaitan.” (al-Isra’: 27)


►       Membelanjakan wang untuk perkara yang tidak berfaedah dan malahan boleh mendatangkan bahaya adalah satu perbuatan yang membazir dan amat ditegah dan hukum membazir adalah haram (berdosa).



Dalil 3:


“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”(Surah Al-Baqarah: 195). “Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”(An Nisa’: 29)


►       Berdasarkan kajian saintifiknya dan memang pun dibuktikan dengan realitinya bahawa rokok membawa kebinasaan bukan sahaja kepada diri perokok sendiri tetapi kepada orang lainnya. Oleh itu merokok adalah satu perbuatan membelanjakan harta ke jalan yang salah, yang membawa kebinasaan dan bukan merupakan satu tindakan yang wajar dilakukan.


►       Selain itu, rokok bukan sahaja boleh bertindak membunuh diri sendiri, tetapi juga orang lain.



Dalil 4:


“Sungguh berbahagialah orang yg suka membersihkan dirinya (berakhlak baik) dan sungguh rugi org yg berperangai buruk”. (As-Syams: 9-10)


►       Dengan merokok, badan kita dikotori dengan pelbagai jenis bahan kimia berbahaya. Samaada kotor pada luaran badan atau dalam badan. Pelbagai bahan kimia akan masuk ke dalam tubuh melalui paru-paru. Seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan system organ di dalam badan.



Dalil 5:


Syaitan berkata, ‘Aku akan suruh mereka mengubah ciptaan ALLAH.’ Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindungnya selain ALLAH.’ Sesungguhnya dia akan menderita dengan kerugian yang nyata.” (an-Nisa’: 119).


►       Dengan merokok rupa wajah atau seri muka akan berubah menjadi lebih buruk daripada biasa. Kesan penuaan juga lebih ketara dan lebih cepat berbanding kepada mereka yang tidak merokok. Tubuh juga berubah daripada sihat kepada berpenyakit. Daripada bersih kepada kotor.



Dalil 6:


Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin yang lainnya ataupun menipunya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). “Barangsiapa menyerupai selain dari kita, maka sesungguhnya dia bukanlah dari golongan kita (Islam). Dan janganlah kamu menurut atau mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani”(Hadith Riwayat Al-Tirmidzi).“Barangsiapa memberi pertolongan untuk membunuh orang muslim walaupun hanya dengan separuh kalimat, maka ia pasti menghadap Allah dengan di antara kedua matanya tertulis: Aayisun min rahmatillah (orang yang putus dari rahmat Allah”.(Hadith Riwayat Ibnu Majah). “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)


►       Rokok adalah agenda propaganda Yahudi dan musuh Islam untuk menipu, menindas, dan memperdayakan umat Islam. Rokok adalah keluaran barat dan Yahudi (musuh Islam). Dengan membeli rokok maka kita akan mendermakan duit kita kepada Yahudi Laknatullah semata-mata untuk perkara yang tiada faedahnya (rokok). Dan seterusnya kita juga ditipu apabila rokok hanya akan mendatangkan pelbagai masalah (penyakit) kepada kita. Seterusnya, duit yang kita belanjakan untuk rokok, pastinya akan digunakan oleh mereka (Yahudi Laknatullah) untuk memajukan system peperangan mereka dan seterusnya digunakan untuk menindas dan membunuh umat Islam seperti di Palestin, Iraq, dan sebagainya.
-       Jadi, kesimpulannya di sini, dengan rokok, samaada secara sengaja atau tidak, dan secara sedar atau tidak, kita telah pun membantu dalam usaha untuk suatu perkara yang sangat dilaknat (membunuh dan menindas).





Pandangan Para Ulama Termasyhur



Berdasarkan hujah-hujah al-Quran, Hadis, dan sains, para Ulama besar telah pun sepakat memfatwakan bahawa Hukum merokok adalah haram kerana ia mendatangkan terlalu banyak keburukan dan dalam masa yang sama ia juga membantu musuh Islam menghancurkan umat Islam serta membahayakan bukan sahaja diri sendiri tetapi orang lain. Hukum ini diputuskan oleh ulama-ulama besar dan masyhur dunia seperti Syeikh Ahmad as-Sanhuri al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim al-Liqani dari Mesir, Syeikh Abdul Ghaith al-Maliki dari Morocco, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syiria, Syeikh Ibrahim bin Jam’an dari Yaman, Syeikh Abdul Malik al-Isyami dan Muhammad bin ‘Alamah dari Mekah dan Madinah serta ramai lagi ulama dunia. Hukum haram kepada pengambilan rokok juga turut difatwakan oleh ulama tersohor dan kontemporari dunia masa ini dari Universiti al-Azhar Mesir iaitu Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi.

Pada persidangan yang ke 23, pada tahun 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) juga turut sepakat memfatwakan aktiviti yang bersangkut paut dengan rokok adalah haram atas alasan rokok membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Dan jika ada kebaikannya pun, ianya adalah amat tidak berbaloi untuk mengambilnya berdasarkan kepada masih ada lagi bahan lain yang lebih baik dan tidak berisiko.

Apakah apabila sudah datang suatu keadaan yang parah dan tenat kepada kesihatan anda nanti baru anda hendak ambil keputusan untuk tidak merokok? Sudah tentu anda akan berasa amat menyesal pada masa itu, kerana semuanya sudah terlambat. Oleh itu, hargailah setiap kurnian dan kesihatan semulajadi yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada kita pada masa ini. Jagailah ia dengan sebaik-baiknya sebagai tanda kesyukuran kita kepada-NYA… Janganlah jadi hamba rokok!!!...

Sunday, March 6, 2011

FFVPM Ke - 8 (2011)



'Cendekia Filem Ke Persada Dunia' merupakan tema FFVPM kali ke-8 yang telah di adakan pada 2 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.


Program yang dianjurkan bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu sebenarnya program tahunan yang bertujuan untuk melahirkan karyawan muda sebagai pelapis masa depan negara yang mampu membawa industri perfileman tanah air ke persada dunia.


Pada 5 Mac 2011 bermula pukul 8.30 malam, akan berlangsungnya malam anugerah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia di Dewan UUM Sintok Kedah. Sebanyak 15 anugerah telah dimenangi. Di sini dilampirkan senarai top 5 bagi setiap kategori...

TOP 5 FFVPM 08

KATEGORI GRAFIK TERBAIK
I Want To Be a Dentist
AIMST University
Ulasan : Video Klip ini telah berjaya disunting dengan gabungan elemen grafik yang bersuaian dengan penghasilan sebuah persembahan yang menghiburkan dan menarik.


KATEGORI MUZIK TERBAIK
Irony
Segi College
Ulasan Juri: Karya ini berjaya mengadunkan muzik latar dan lagu yang berseuaian dengan setiap babak yang berjaya menimbulkan mode dan impak kepada khalayak.


KATEGORI KOSTUM TERBAIK
Jika Aku Seorang Robot
UITM Melaka
Ulasan Juri : Karya ini berjaya memaparkan para pelakon yang memegang banyak watak yang berbagai beserta solekan yang dramatik. Kreativiti penampilan kostum juga dihasilkan bagi kesesuaian setiap babak.


KATEGORI SINEMATOGRAFI TERBAIK
Getir
ASWARA
Ulasan Juri : Karya ini mempunyai kekuatan produksi yang cemerlang, pencahayaan, gerak kerja kamera, pembingkaian, syot. Penceritaan filem ini dibantu oleh kekuatan sinematografinya yang mengupas perjalanan babak dan naratifnya.


KATEGORI SKRIP TERBAIK
Norhanizah Mahadi / Jam Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Ulasan Juri : Karya ini mempunyai penghasilan kreativiti dialog dan pengolahan babak yang baik di antara watak selain skrip yang bijak.


KATEGORI PENATAAN BUNYI TERBAIK
Getir
ASWARA
Ulasan Juri : Karya ini berjaya mencipta adunan bunyi dan efek yang terbaik untuk menimbulkan suasana dan impak yang menggambarkan ketelitian semasa proses pembikinan dan pasca produksi.


KATEGORI PENATAAN SENI TERBAIK
Fairuz / Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Ulasan Juri : Karya ini berjaya menimbulkan penataan seni yang yang bersesuaian dengan dunia sureallisme yang sangat teliti dan menarik.


KATEGORI PENYUNTING TERBAIK
Muhammad Lutfi Sufliansyah / Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Ulasan Juri: Karya ini berjaya menghasilkan komposisi suntingan yang kemas bagi mewujudkan elemen dramatik yang bersesuaian.



KATEGORO PENGARAH HARAPAN
Ahmad Muzzamil Abd. Rahman/Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Ulasan Juri : karya ini berjaya menonjolkan potensi pengarahnya yang mampu mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan berkesan selain membikin karya yang jarang-jarang dibuat oleh pelajar.

KATEGORI VIDEO KLIP TERBAIK                                                                                                
I Want To Be a Dentist
AIMST University
Ulasan Juri : Karya ini menampilkan elemen kreativiti dan imaginasi yang segar selain keupayaan produksi menampilkan klip yang sangat unik.

KATEGORI FILEM/VIDEO ANIMASI TERBAIK
Mimo Mami: The Stupid Chase
Universiti Utara Malaysia
Ulasan Juri: Karya ini menampilkan produk animasi yang sangat baik dan menonjolkan produksi yang sangat teliti, kreatif dan inovatif.



KATEGORI FILEM/VIDEO PENGUMUMAN KHIDMAT AWAM (PSA) TERBAIK
Plan Your Love
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ulasan Juri : Karya ini berjaya menyuntik elemen nasihat dan teguran yang sangat halus dan mampu menyuntik elemen kesedaran yang tinggi kepada khalayak.



KATEGORI FILEM IKLAN TERBAIK
CNY : Family
Universiti Sains Malaysia (USM)
Ulasan Juri: Karya ini menampilkan sebuah produk komersil yang sangat ringkas tetapi berjaya tampil sebagai sebuah iklan yang sarat mesej dan nasihat.



KATEGORI FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
Melatah The Documentary
UITM Melaka
Ulasan Juri : karya ini berjaya menyuntik subjek dan pengisian yang menarik selain garapan yang lancar dan berkesan untuk sesebuah nilai dokumentari.



KATEGORI FILEM/VIDEO PENDEK TERBAIK
Getir
ASWARA

Ulasan Juri: Karya ini mempunyai kualiti produksi dan pengisian yang setanding dengan pembikin profesional dan menunjukkan keberkesanan dari segenap aspek sesebuah filem pendek.



ANUGERAH KHAS JURI
Filem /Video Pendek“Tanha” dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Filem eksperimental yang berjaya mengadun pecahan cerita yang berlaku secara serentak dengan perkembangan naratif yang baik.
Filem/Video Pesanan Khidmat Awam- “Harmoni Street” dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
Filem ini mengadun elemen semangat muhibah di sebatang jalan raya untuk menggambarkan masalah sosial “ragut” dengan baik.
Filem/Video Pesanan Khidmat Awam “Harta” dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Filem ini berjaya memaparkan kritikan sosial yang sinis dengan suntikan kesedaran tentang aspek kemanusiaan dan tanggungjawab masyarakat tentang isu pembuangan bayi.
Ulasan Juri : Karya yang berjaya membuktikan kemampuan dan kreativiti pelajar di dalam penghasilan produksi yang sangat teliti dari segenap aspek. Karya ini juga membuktikan bahawa tenaga kreatif di dalam produksi ini sangat berpotensi dan berbakat sebagai pelapis industri perfileman tanahair.

Thursday, March 3, 2011

"kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain"

Ni 1 lg cter yg aku jmp msa tga2 belek home... hahahahaha.... cte ni mmg sdey bg aku... n aku harap cte ni bg pengajaran pada sesiapa pn... HARGAI DIA SEBELUM TERLAMBAT.... :)

Name aku Amir.. Aku de sorg awek.. Sorg??? huhu.. Awek aku ni mmg lawa giler r!! Sbb die lawa tu r aku ngn membe2 aku berebut.. Nasib aku baik la, aku dpt jugak die....memandangkan aku ni pun kategori org yg handsome.. hahaha..
OOPS! lupe! Name awek aku ni Nadia.. Kitorg x same kampung tp satu sekolah.. Satu hari ni aku dpt twrn smbung blajar kt satu IPTA ni.. Awek aku pn dpt.. Alhamdulillah result SPM kitorg cemerlang walaupun aku pun x percaye boleh dpt 7A.. Hahaha.. Tp mmg giler r.. Walaupun kos yg ditawarkn same, tp aku terlambung kt utara n die lak kt Selatan..

Die ni kuat jeles tu jgn ckp laa.. hidup aku dia yg aturkan.. selama aku satu sekolah dulu, jgn hrp la aku nk kuwa ngn membe2 perempuan aku.. Jgnkn kuwa same, pndg pun x boleh.. Kdg2 aku rimas jugak ngn die.. T aku ckp byk ngn die, mau die marah2 then merajuk.. Benci tul aku.. Aku tau die sygggg sgt2 kt aku. Aku tau die mmg x lyn mane2 lelaki yg cube usyar line die.. Kdg2 aku bengang jugak if ade lelaki yg hntr2 msj kt die walaupun die x reply..

Tp sebenarnye aku ade sorokkan sumthing drp die.. Disebabkan kitorg pun da terpisah jauh, aku mule la nk test market kt utara ni.. Jahatkn? Aku rase bebas!!! Aku pn rase die mcm tu jgk kot.. Yelah, die kn lawa.. Msti r ramai jantan usyar die.. Disebabkan aku nk menutup perasaan prasangka yg buruk2 tu, aku mula r berkawan ngn ramai perempuan kat sini.. Setiap kali org tanye status aku, mesti aku jwb aku single.. Aku selalu kuwa ngn member2 perempuan aku kat sini.. Mmg lagak cm org single.. Aku selalu teringatkan die time aku tgh berfoya2.. Bile wktu mlm sebelum tidur, msti die yg call aku.. Aku? Kdg2 kot.. Tp aku syg sgt kt die.. Aku ckp kt die, membe2 aku kt sini semuanye jantan.. Die ckp die pun same.. Sebelum kitorg end call mst die cerita2 kenangan kami bersama.. Die selalu ckp, "kalau sy da x de baru awk leh gatal dgn perempuan lain".. Kdg2 aku mrh die sbb die ckp yg bukan2 walaupun hakikatnya aku mmg da menggatal da pun.. Kdg2 aku selalu jgk create pergaduhan ngn die.. byk kali die nangis time gaduh2 ngn aku.. pernah tu aku tertengking dia.. kesian die.........

"SAYA SAYANG AWAK! SAYA NAK AWAK!"
Tibe2 aku terkejut drp lamunan.. Rupa2nye member perempuan aku, Tiqah.. Aku pn dgn bangang aku terima..
Mase duit PTPTN kuwa, aku beli sebijik henpon lg. Satu henpon khas tok msj Nadia, satu g utk Tiqah.. Dlm tempoh aku belajar kt sini, mcm2 tipu aku wat.. Aku tipu dua2 perempuan tu.. Tp hati aku tetap sygkn Nadia.. Mungkin sbb jauh, perasaan tu kdg2 bercampur.. Tiqah pn mcm Nadia.. Sejak aku couple ngn minah ni, aku dah x kuwa ngn member2 perempuan lain.. semuanya kembali mcm mase aku ngan Nadia dulu.. Aku terasa bersalah sgt.. Tp dlm mase yg same aku just nk hilangkan perasaan bosan sorg2 kat sini.. "Kalau la Nadia tau.." Kdg2 aku terfikir nk berterus-terang.. Tp aku x berani.. Kalau dulu aku tidur pukul 1.30, sekarang ni pkul 3.30 kdg2 pkul 4.. Yelah sbb nk gayut dgn dua2.. Semua org x tahu siapa aku sebenarnya walaupun roomate aku sendiri.. Setiap kali aku balik kampung, Nadia x balik.. Yelah.. U dgn sekolah mane same.. Cuti lain2.. Cume ade sekali tu kitorg dpt cuti same2.. Cuti raye kn.. Time aku jumpa ngn Nadia, aku sorokkan henpon satu lg tu kat rumah.. Nadia makin lawa! Berseri2.. Mane2 lelaki tgok gerenti r cair ni.. Nadia ckp cinta die hanya utk aku.. Selama die berpisah dgn aku, die semakin rindu, semakin syg n cintakn aku.. Utk hilang rase camtu, die habiskan mase dgn belajar.. Kdg2 die ckp belajar smpai tau2 da mlm.. Die happy sbb hati aku masih x berubah utk dia sorang.. ERR! aku terasa bersalah sgt.. "Kalau sy da x de, baru awk leh gatal dgn perempuan len tau!" ckp die sambil tergelak2.. Perkataan tu da berjuta kali kot die sebut.. Aku tgok muke die yg lembut tu.. Die bersuara, kalau habis belajar, die nk aku ikat die sebagai tunang.. Pastu die nk kami kerja, kumpul duit byk2 n kahwin then sambung belajar lg.. Beria2 die menceritakan impian die kt aku...

Permainan aku berlarutan sehingga sem yg ke 4...
Pada satu hari ni aku g makan ngn Tiqah mcm biasa... Heboh kampus aku jd tuan rumah untuk satu pertandingan perbahasan antara IPTA. Kebetulan hari ni ulangtahun ke 3 aku ngan Nadia.. Mcm biase aku g mkn ngn Tiqah kt cafe.. Mase Tiqah tgh ambil lauk, aku terniat hati nk cek msj die.. Terhenti jantung aku, berlambak2 msj sorang jantan yg bersayang2 kt inbox dia.. Aku pn angin r.. Mase Tiqah duduk, aku soal2 dia smpai menangis minah tu.. Sebelum ni x terniat pulak aku nk cek.. Tiqah ckp die ttp sygkn aku.. Aku pun mula terfikirkn Nadia.. Tibe2 ade sekumpulan awek dtg kat meja aku time2 gini la pulak.. X lame pastu aku nmpk Nadia.. Aku menelan air liur.. Rupe2nye, Nadia ambil bahagian dalam pertandingan tu.. Bila Tiqah nmpk ramai2 awek tu dtg kt aku, pelik r die.. N dgn kuasa Allah, semua terbongkar pada saat tu.. N Tiqah sendiri mengaku yg dielah awek aku kt depan Nadia.. Aku tgok Nadia menangis.. Die x bercakap sepatah haram perkataan pun.. Cume die berikan aku sekotak hadiah ulangtahun kami sebelum dia tinggalkn aku.. Aku terus putuskan hubungan aku ngn Tiqah.. Mase aku balik hostel, puas aku call Nadia.. Aku hntr msj berlambak2 kt die.. die x reply pn... Aku sedar, die dah benci aku..

Rupanya Nadia masih menerima aku.. Aku happy sgt2.. Aku berjanji x nk kecewakn die lg.. 2 minggu kejadian itu berlalu.. Org2 sekeliling aku mula menjauhkan diri daripada aku.. Nk2 yg member2 perempuan aku la.. Aku dah x kesah da.. Aku dah berubah.. Aku cuma nk dapatkn keputusan yg cemerlang sampai time akhir sem nanti. Aku nk dptkn kerja baik2.. Apa2 pun aku nk ikat Nadia dulu.. Kdg2 aku berasa malu sgt kt Nadia nk2 bila teringatkn mak ayah dia.. Nasib baik die x pergi report kat mak n ayah dia.. hehe.. Dlm tgh syok2 berangan sambil membelek2 kemeja baru hadiah ulangtahun daripadanya mase hari kejadian tu, tibe2 aku dpt msj drpd member Nadia.. "Nadia eksiden!" Ermm.. Hati aku tibe2 jd x sedap.. Msj kedua drp member die smpai lg.. Terasa panas muka aku bile bace msj tu.. "Nadia da X DE.. Die kne langgar ngan kereta mase lintas jln.." Mcm org gila pas aku bace msj tu.. Aku ambil keputusan balik kejap kampung walaupun terpaksa ponteng kelas..

Aku rase kosong.. Kosong sgt.. Teringat gelak tawa die, teringat suara die, muke die yg lawa tu.. Aku menangis dlm bas.. Aku x peduli ngn org2 yg pndg aku.. Kali ni aku betul2 menyalahkan diri aku.. Semua kenangan aku ngan Nadia bermain dlm kepala aku.. Aku xmampu menahan perasaan sedih ni.. Berulang kali aku bace msj terakhir Nadia mlm td.. "Awk, sy nk tido.. Mcm biase, sy sygkn awk utk selamanye walaupun awk da lukekn ati sy, sy maafkn... Tp ingat! Kalau sy x de baru awk leh gatal ngn perempuan len tau! Hehe.. Nk mrh la tu.. Sy leb awk! Sweet dreamz.." Ya Allah! Kuatkn hatiku ni.. Semasa aku sampai, jenazahnya belum tiba lagi.. Ye.. Aku pun terus mencoretkan kisah ini.. Semoga menjadi pengajaran kt korang.. Air mata aku berguguran sepanjang mencoretkan kisah ni.. Tapi aku tau, Nadia x kn kembali da.. X de lg msj Nadia, panggilan Nadia.. X de dah ungkapan "kalau sy x de" tu dah..

Teman2.. Aku mintak sedekahkanlah fatihah utk nya.. Mungkin ada yg memperlekehkn kisah aku ni.. Tp bg aku, inilah kisah yg plg bermakna utk aku.. Utk selamanya aku menyayangi kau, Nurul Nadia bt Zainarruddin..
Mungkin kejap lagi jenazahnya tiba.. Aku nk bersiap2 utk beri penghormatan terakhir buat die yg aku sygi.. Sememangnya cinta die utk aku shgga akhir nafasnya... Aku mampu merelakan pemergiannya... Tabahkn hatiku Ya Allah.... -Al Fatihah.....

(dipetik dari SAUDARI)

SHOUT !!!