ﻢ ﷲ


EN. NUFFNANG ☺

Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺

Tuesday, June 26, 2012

Radio Baru PI MAI FM

Buat orang2 penang: 


Tuning to FM 90.2 MHz, nindia punya sempoi!!!

"PIMAI FM"

JOM PAKAT2 DENGAQ



*radio swasta pertama di penang, baru seminggu keudara.. tu diaa.. :P

** boleh didengari di seluruh negeri Pulau Pinang, KEDAH;[Sungai Petani, Gurun, Baling, Kulim] Perak; [Utara Taiping, Selama, Gunung Semanggol] DALAM GELOMBANG FREKUENSI SULUNG FM 90.2 MHz dari Bukit Penara.


Sunday, June 17, 2012

Sifat Wanita ☺

Assalamualaikum.. malam ni secara ringkas, IA nk ringkaskan penulisan blog, dh lama IA tak tulis blog ni, sebab kesibukan show study pada last sem ni. IA pon tgah sibuk nk buat TESIS yg nk kna submit hujung bulan ni. Lebih2 lagi ada EURO plak.hehe ni pon tgah tunggu bola, mlm ni Greece vs Russia. mcm tak best plak game mlm ni...hehe jgn marah penyokong Russia, IA gurau je.. :P

Ok IA ringkaskan cerita, IA nk kongsikan ayat yg IA jumpa kat FB yg ditulis oleh "pakarcinta.com" IA copy & sharekan utk renungan buat sahabat2 terutamanya lelaki & khusus buat follower2 yg menyokong IA .. ntah la betul ke tak tapi IA yakin mcm betul sbb berdasarkan  temuramah eksklusif pengalaman IA. jom kita tngok ayat ni.


ITULAH WANITA YANG AKU MAKSUDKAN.. ♥


Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.


Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.


Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.


Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.


Apabila perempuan kata dia rindu pada kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.


Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.


Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.


Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.


hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.


Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


itulah yang bergelar perempuan...
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.


Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.


Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang mampu menggoncang dunia
dan mungkin pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.


Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja
tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda
dan membuatkan hidup anda lebih sempurna.


Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu
yang terbaik untuk anak2 anda.. ♥

So, mcm mana? best tak? IA rasa mcm best, tp ada jugak yg tak brape kena IA rasa, tapi tak pa la.. sekadar hiburan renungan sahaja, terutama sekali yg dh berumah tangga.. suami2 @ bakal2 suami nanti kena tau jugak mcm mana nk jaga isteri. Ok jom, IA nk sambung Tido Tngok bola..hehe :) SELAMAT MENGHADAPI MINGGU EXAM KHAS BUAT PELAJAR UUM (terlupe nk ucap di awal2 penulisan)

SHOUT !!!