Assalamualaikum.. bertemu lagi dalam penulisan yang seterusnya, kali ini IA nak "menjelaskan", "menerangkan" atau mencerahkan.. apa yg selalu gelap..hehe selalu orang salah faham antara Batok & Batuk ni.. LAIN BENDANYA.
Nah.. IA nak jelaskan bagi siapa yang belum faham apa tu batok & batuk.. meh kita tengok meh...
Betul
:: Bagai melepas batok ditangga ::
Salah
:: Bagai melepas 'batuk' ditangga ::
Maksudnya: Orang yang buat kerja tidak sempurna kerana di misalkan , batok tu sepatutnya diletakkan semula dalam tempayan atau digantung semula ditempatnya bukan dibiarkan sahaja di tangga selepas digunakan menceduk air untuk membasuh kaki. Batuk - runtunan pengecutan rongga toraks yang berlaku secara tiba-tiba dan biasanya berulang Batok - bekas menceduk air yang diperbuat daripada tempurung kelapa Jadi selepas ni .. kita guna yang betul yer.. lepaskan "batok" bukan "batuk" :D
#begitulah kecerahannya.. :P
3 comments:
owhh..bkn batuk ea? hihi..bwu tau..dlu konpius..haha..pasni dlm exam tlis yg betul..hiks! :D
hehe.. ok jawab exam t ingat kami..hahaha
batok ek.. bkn batuk oh ok2.. paham :)
Post a Comment