ﻢ ﷲ
EN. NUFFNANG ☺
Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺
Thursday, April 4, 2013
Sejarah..... ???
Assalamulaikum, salam dari IA untuk semua pembaca, pagi2 buta ni, IA nak meluahkan rasa hati yang dah lama terpendam.... (dah macam kisah cinta..kekeke) :P
Kemunculan IA kali ni nak memberi pandangan terhadap Keadaan Melayu sekarang dengan Melayu dahulu. Ada beza kah? hehe IA sendiri pun "konfius" dengan Melayu sekarang (zaman selepas merdeka) sebab banyak yang IA perhatikan Melayu sekarang lebih selesa dengan "nikmat kesenangan dunia" hinggakan maruah mempertahankan "bangsa" tidak ada dalam diri. IA nak mintak maaf la jika statement ni kurang menyenangkan beberapa pihak yang tak boleh menerima kata-kata ini. IA bukannya nak merendah2kan bangsa IA sendiri, tetapi dengan nyata IA nampak, Melayu memang tak nak jaga maruah diri. MARUAH? ya.... maruah melayu yang IA lihat makin hari, makin berkurang dan lemah sejak kuasa eropah menakluki tanah melayu.
Maafkan IA sekali lagi jika perkataan itu mengguris hati2 pembaca. apa yang IA maksudkan tentang maruah? mari sini IA terangkan dengan jelas apa yang IA nampak. perasan tak? kita masih dijajah dari segi mental & gaya hidup oleh eropah? cuba kita tengok kembali bagaimana sistem undang2, hingga ke hiburan, apa yg paling banyak kita ikut? yes.. "mat saleh" itu jugak yang kita banggakan. IA bagi contoh RADIO cukuplah. SIARAN radio English? ok tak pa 100% english. Radio mandarin? ok 100% mandarin. Tamil? 100% tamil, Semua radio melayu, termasuk radio klasik??? 90% saja melayu dan selebihnya mesti lagu mat saleh.. apa dah jadi??? kenapa tak ikut cara melayu & islam? bukan sampai tak da langsung yang ikut cara melayu & islam, cuma tak banyak, segelintir yang terbuka pemikirannya sahaja yang sedar untuk mengikuti 100% cara melayu & islam. IA ambil contoh seorang kawan IA yang terlalu "bangga" dengan negara amerika tu.. IA pon tak faham awat la jadi lagu tu. dia tak tau ka, Melayu adalah sebuah bangsa yang terawal yang maju dari bangsa eropah? ada lagi sumber yg masih lagi dikaji, melayu merupakan sebuah kaum yang hilang yang dicari2 oleh pengkaji sejarah barat iaitu sebuah bangsa yang paling agung & paling maju "SEBELUM" empayar firaun dahulu.. percaya? YA anda patut PERCAYA kerana bukti2 tersebut makin hari makin dijumpai. Bukan IA nak suruh bangga ke apa, cuma nak mintak bangsa melayu ni sedar, kita ni dah DIKABURKAN oleh BRITISH dengan mengurangkan semua kuasa2 pemerintahan melayu, sejarah keagungan melayu. sebagai contoh, mereka hanya mendedahkan kepada kaum melayu pada zaman pemerintahan mereka ditanah melayu bahawa kerajaan melayu hanya gemilang pada zaman pemerintahan kerajaan Melaka sahaja. APASAL? sebelum tu, Melayu tak da kerajaan ka?? sebabnya, pihak BRITISH dah KABURKAN sejarah kita, mereka simpan khazanah2 kita di tempat mereka supaya orang melayu merasakan diri mereka lemah dan tiada apa2 yang patut diteruskan oleh pemimpin2 yang hebat dahulu. Macam kerajaan kedah tua, yang sememangnya merupakan kerajaan paling kuat ketika zaman pemerintahannya, mengikut cerita2 dahulu, pembukaaan kerajaan kedah ni berasal dari seorang anak maharaja china yg pada ketika itu maharaja china (bapanya) menyuruh anaknya membuka kerajaan di sini (kedah). anak maharaja china tu lah merong maha wang ser (merong mahawangsa). bukan saja2 bapanya suruh anak dia membuka kerajaan disini, tetapi ada peristiwa yang dh berlaku sebelum ni.. nak tau apa? nanti IA ceritakan. mungkin dalam kepala pemikiran hangpa la ni:
1) apa kena mengena china dengan kedah?
2) kedah ni hebat sangat ka dulu?
3) tu siam tu sapa bukak?
4) tang (dekat) area mana merong mahawangsa ni pi bukak kedah?
#buat pengetahuan semua pembaca, IA ada buat kajian & pengumpulan bahan2 cerita sejarah sedikit dengan bantuan para2 pengkaji sejarah bebas, KEDAH ni ada kaitan dengan kejadian banjir besar pada zaman nabi nuh a.s, & itu pon antara sebab kenapa maharaja china ketika itu menyuruh anaknya membuka kerajaan di sini. (kena paham, masa ni maharaja china tu ISLAM tapi sebelum zaman Nabi Muhammad S.A.W & keturunan maharaja china tu dari Iskandar Zulkarnain... Wallahua'llam.
# IA mintak, sama2 lah kita mengkaji disamping dunia teknologi yg semakin mudah untuk membuat kajian disamping adanya talian internet untuk memudahkan perkongsian bersama :) IA pon bukan tau banyak sangat cuma berkongsi bahan daripada rakan2 yang lain. maafkan IA jika ada terkasar bahasa penulisan yang tidak disengajakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment