Dalil 1:
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna.” (Surah Al-Mu’minun: 1-3).Ummu Salamah berkata, “Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).”(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)
► Rokok adalah perkara yang tiada mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri, orang lain, masyarakat, dan seterusnya kepada Islam. Rokok juga melemahkan system dalam badan sedikit demi sedikit tanpa disedari. Menjadikan kita ketagih tetapi tiada bermanfaat.
Dalil 2:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.(Surah Al-Baqarah: 195). “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya membazir adalah sahabat-sahabat syaitan.” (al-Isra’: 27)
► Membelanjakan wang untuk perkara yang tidak berfaedah dan malahan boleh mendatangkan bahaya adalah satu perbuatan yang membazir dan amat ditegah dan hukum membazir adalah haram (berdosa).
Dalil 3:
“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”(Surah Al-Baqarah: 195). “Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”. (An Nisa’: 29)
► Berdasarkan kajian saintifiknya dan memang pun dibuktikan dengan realitinya bahawa rokok membawa kebinasaan bukan sahaja kepada diri perokok sendiri tetapi kepada orang lainnya. Oleh itu merokok adalah satu perbuatan membelanjakan harta ke jalan yang salah, yang membawa kebinasaan dan bukan merupakan satu tindakan yang wajar dilakukan.
► Selain itu, rokok bukan sahaja boleh bertindak membunuh diri sendiri, tetapi juga orang lain.
Dalil 4:
“Sungguh berbahagialah orang yg suka membersihkan dirinya (berakhlak baik) dan sungguh rugi org yg berperangai buruk”. (As-Syams: 9-10)
► Dengan merokok, badan kita dikotori dengan pelbagai jenis bahan kimia berbahaya. Samaada kotor pada luaran badan atau dalam badan. Pelbagai bahan kimia akan masuk ke dalam tubuh melalui paru-paru. Seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan system organ di dalam badan.
Dalil 5:
“Syaitan berkata, ‘Aku akan suruh mereka mengubah ciptaan ALLAH.’ Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindungnya selain ALLAH.’ Sesungguhnya dia akan menderita dengan kerugian yang nyata.” (an-Nisa’: 119).
► Dengan merokok rupa wajah atau seri muka akan berubah menjadi lebih buruk daripada biasa. Kesan penuaan juga lebih ketara dan lebih cepat berbanding kepada mereka yang tidak merokok. Tubuh juga berubah daripada sihat kepada berpenyakit. Daripada bersih kepada kotor.
Dalil 6:
“Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin yang lainnya ataupun menipunya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). “Barangsiapa menyerupai selain dari kita, maka sesungguhnya dia bukanlah dari golongan kita (Islam). Dan janganlah kamu menurut atau mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani”. (Hadith Riwayat Al-Tirmidzi).“Barangsiapa memberi pertolongan untuk membunuh orang muslim walaupun hanya dengan separuh kalimat, maka ia pasti menghadap Allah dengan di antara kedua matanya tertulis: Aayisun min rahmatillah (orang yang putus dari rahmat Allah”.(Hadith Riwayat Ibnu Majah). “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)
► Rokok adalah agenda propaganda Yahudi dan musuh Islam untuk menipu, menindas, dan memperdayakan umat Islam. Rokok adalah keluaran barat dan Yahudi (musuh Islam). Dengan membeli rokok maka kita akan mendermakan duit kita kepada Yahudi Laknatullah semata-mata untuk perkara yang tiada faedahnya (rokok). Dan seterusnya kita juga ditipu apabila rokok hanya akan mendatangkan pelbagai masalah (penyakit) kepada kita. Seterusnya, duit yang kita belanjakan untuk rokok, pastinya akan digunakan oleh mereka (Yahudi Laknatullah) untuk memajukan system peperangan mereka dan seterusnya digunakan untuk menindas dan membunuh umat Islam seperti di Palestin, Iraq, dan sebagainya.
- Jadi, kesimpulannya di sini, dengan rokok, samaada secara sengaja atau tidak, dan secara sedar atau tidak, kita telah pun membantu dalam usaha untuk suatu perkara yang sangat dilaknat (membunuh dan menindas).
Pandangan Para Ulama Termasyhur
Berdasarkan hujah-hujah al-Quran, Hadis, dan sains, para Ulama besar telah pun sepakat memfatwakan bahawa Hukum merokok adalah haram kerana ia mendatangkan terlalu banyak keburukan dan dalam masa yang sama ia juga membantu musuh Islam menghancurkan umat Islam serta membahayakan bukan sahaja diri sendiri tetapi orang lain. Hukum ini diputuskan oleh ulama-ulama besar dan masyhur dunia seperti Syeikh Ahmad as-Sanhuri al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim al-Liqani dari Mesir, Syeikh Abdul Ghaith al-Maliki dari Morocco, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syiria, Syeikh Ibrahim bin Jam’an dari Yaman, Syeikh Abdul Malik al-Isyami dan Muhammad bin ‘Alamah dari Mekah dan Madinah serta ramai lagi ulama dunia. Hukum haram kepada pengambilan rokok juga turut difatwakan oleh ulama tersohor dan kontemporari dunia masa ini dari Universiti al-Azhar Mesir iaitu Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi.
Pada persidangan yang ke 23, pada tahun 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) juga turut sepakat memfatwakan aktiviti yang bersangkut paut dengan rokok adalah haram atas alasan rokok membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Dan jika ada kebaikannya pun, ianya adalah amat tidak berbaloi untuk mengambilnya berdasarkan kepada masih ada lagi bahan lain yang lebih baik dan tidak berisiko.
Apakah apabila sudah datang suatu keadaan yang parah dan tenat kepada kesihatan anda nanti baru anda hendak ambil keputusan untuk tidak merokok? Sudah tentu anda akan berasa amat menyesal pada masa itu, kerana semuanya sudah terlambat. Oleh itu, hargailah setiap kurnian dan kesihatan semulajadi yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada kita pada masa ini. Jagailah ia dengan sebaik-baiknya sebagai tanda kesyukuran kita kepada-NYA… Janganlah jadi hamba rokok!!!...
No comments:
Post a Comment