ﻢ ﷲ


EN. NUFFNANG ☺

Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺

Sunday, March 6, 2011

FFVPM Ke - 8 (2011)



'Cendekia Filem Ke Persada Dunia' merupakan tema FFVPM kali ke-8 yang telah di adakan pada 2 hingga 6 Mac 2011 bertempat di Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.


Program yang dianjurkan bersama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) itu sebenarnya program tahunan yang bertujuan untuk melahirkan karyawan muda sebagai pelapis masa depan negara yang mampu membawa industri perfileman tanah air ke persada dunia.


Pada 5 Mac 2011 bermula pukul 8.30 malam, akan berlangsungnya malam anugerah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia di Dewan UUM Sintok Kedah. Sebanyak 15 anugerah telah dimenangi. Di sini dilampirkan senarai top 5 bagi setiap kategori...

TOP 5 FFVPM 08

KATEGORI GRAFIK TERBAIK
I Want To Be a Dentist
AIMST University
Ulasan : Video Klip ini telah berjaya disunting dengan gabungan elemen grafik yang bersuaian dengan penghasilan sebuah persembahan yang menghiburkan dan menarik.


KATEGORI MUZIK TERBAIK
Irony
Segi College
Ulasan Juri: Karya ini berjaya mengadunkan muzik latar dan lagu yang berseuaian dengan setiap babak yang berjaya menimbulkan mode dan impak kepada khalayak.


KATEGORI KOSTUM TERBAIK
Jika Aku Seorang Robot
UITM Melaka
Ulasan Juri : Karya ini berjaya memaparkan para pelakon yang memegang banyak watak yang berbagai beserta solekan yang dramatik. Kreativiti penampilan kostum juga dihasilkan bagi kesesuaian setiap babak.


KATEGORI SINEMATOGRAFI TERBAIK
Getir
ASWARA
Ulasan Juri : Karya ini mempunyai kekuatan produksi yang cemerlang, pencahayaan, gerak kerja kamera, pembingkaian, syot. Penceritaan filem ini dibantu oleh kekuatan sinematografinya yang mengupas perjalanan babak dan naratifnya.


KATEGORI SKRIP TERBAIK
Norhanizah Mahadi / Jam Barn
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Ulasan Juri : Karya ini mempunyai penghasilan kreativiti dialog dan pengolahan babak yang baik di antara watak selain skrip yang bijak.


KATEGORI PENATAAN BUNYI TERBAIK
Getir
ASWARA
Ulasan Juri : Karya ini berjaya mencipta adunan bunyi dan efek yang terbaik untuk menimbulkan suasana dan impak yang menggambarkan ketelitian semasa proses pembikinan dan pasca produksi.


KATEGORI PENATAAN SENI TERBAIK
Fairuz / Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Ulasan Juri : Karya ini berjaya menimbulkan penataan seni yang yang bersesuaian dengan dunia sureallisme yang sangat teliti dan menarik.


KATEGORI PENYUNTING TERBAIK
Muhammad Lutfi Sufliansyah / Turning Point
Institut Media Integratif Malaysia (MIIM)
Ulasan Juri: Karya ini berjaya menghasilkan komposisi suntingan yang kemas bagi mewujudkan elemen dramatik yang bersesuaian.



KATEGORO PENGARAH HARAPAN
Ahmad Muzzamil Abd. Rahman/Rona Maya
UITM Puncak Perdana
Ulasan Juri : karya ini berjaya menonjolkan potensi pengarahnya yang mampu mengaplikasikan teori yang dipelajari dengan berkesan selain membikin karya yang jarang-jarang dibuat oleh pelajar.

KATEGORI VIDEO KLIP TERBAIK                                                                                                
I Want To Be a Dentist
AIMST University
Ulasan Juri : Karya ini menampilkan elemen kreativiti dan imaginasi yang segar selain keupayaan produksi menampilkan klip yang sangat unik.

KATEGORI FILEM/VIDEO ANIMASI TERBAIK
Mimo Mami: The Stupid Chase
Universiti Utara Malaysia
Ulasan Juri: Karya ini menampilkan produk animasi yang sangat baik dan menonjolkan produksi yang sangat teliti, kreatif dan inovatif.



KATEGORI FILEM/VIDEO PENGUMUMAN KHIDMAT AWAM (PSA) TERBAIK
Plan Your Love
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Ulasan Juri : Karya ini berjaya menyuntik elemen nasihat dan teguran yang sangat halus dan mampu menyuntik elemen kesedaran yang tinggi kepada khalayak.



KATEGORI FILEM IKLAN TERBAIK
CNY : Family
Universiti Sains Malaysia (USM)
Ulasan Juri: Karya ini menampilkan sebuah produk komersil yang sangat ringkas tetapi berjaya tampil sebagai sebuah iklan yang sarat mesej dan nasihat.



KATEGORI FILEM DOKUMENTARI TERBAIK
Melatah The Documentary
UITM Melaka
Ulasan Juri : karya ini berjaya menyuntik subjek dan pengisian yang menarik selain garapan yang lancar dan berkesan untuk sesebuah nilai dokumentari.



KATEGORI FILEM/VIDEO PENDEK TERBAIK
Getir
ASWARA

Ulasan Juri: Karya ini mempunyai kualiti produksi dan pengisian yang setanding dengan pembikin profesional dan menunjukkan keberkesanan dari segenap aspek sesebuah filem pendek.



ANUGERAH KHAS JURI
Filem /Video Pendek“Tanha” dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
Filem eksperimental yang berjaya mengadun pecahan cerita yang berlaku secara serentak dengan perkembangan naratif yang baik.
Filem/Video Pesanan Khidmat Awam- “Harmoni Street” dari Universiti Putra Malaysia (UPM)
Filem ini mengadun elemen semangat muhibah di sebatang jalan raya untuk menggambarkan masalah sosial “ragut” dengan baik.
Filem/Video Pesanan Khidmat Awam “Harta” dari Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Filem ini berjaya memaparkan kritikan sosial yang sinis dengan suntikan kesedaran tentang aspek kemanusiaan dan tanggungjawab masyarakat tentang isu pembuangan bayi.
Ulasan Juri : Karya yang berjaya membuktikan kemampuan dan kreativiti pelajar di dalam penghasilan produksi yang sangat teliti dari segenap aspek. Karya ini juga membuktikan bahawa tenaga kreatif di dalam produksi ini sangat berpotensi dan berbakat sebagai pelapis industri perfileman tanahair.

2 comments:

MR. KQPS said...

pergh.. siap ada list lagik!

IZAHAR™ AZIZAN said...

hehe... ;) thankz komen

SHOUT !!!