setelah berminggu2, berbulan2 asyik post info2 je, kali ni IA nk post something yg bukan lagi pasai info ka, sharing is caring ka (pelik ja), tapi IA nk share bnda yang IA paling LIAT nak kongsikn kpd para pembaca, kisah2 IA & perkembangan diri. Bukan sengaja nk buat mcm tu, tapi sejak2 muncul FB & Twitter ni, smua update2 IA tauk [taruk] kat situ, yg tu la penyebab IA malas nk taip balik kat blog IA ni.. (iye la tu..)
Buat pengetahuan para
iaitu dkat Angkasapuri, K.L (habaq jugak =.=")
kerja IA just kena Urus Artis2 undangan di MuzikFM online. dalam duk praktikal pon dh 3 kali tukaq office.. pehh gile lah.. nak tau sebab pa? nanti IA buat satu lagi slot..hehe (bajet hot)
mcm biasa, mcm selalu, mcm sebelum ni, IA agak sibuk lebih2 lagi kalau nk ber "blog" ni.
Dalam sibuk2 ni, IA ada terdengar sebuah lagu yg amat berperanan sebagai pencetus semangat "Nusantara". IA dgr je trus bersemangat & nk juang habis-habisan (over..haha) cuba dengaq dulu lagu ni..
BANGKITLAH! ANAK2 NUSANTARA SEKALIAN!!
IA rasa melodi dia pon best, smpai tiap2 hari IA tak miss dengar lagu ni selain lagu AINAN TASNEEM, NAJWA LATIFF...hehe :P apa yg IA dpat rumuskan (dh mcm karangan) IA suka lagu BANGKIT yang dibawakan oleh DJ Fuzz, Altimet, Salam penuh semangat & bermakna kepada IA sebagai anak yg lahir di NUSANTARA. Yang sempoinya, lagu & lirik hasil karya depa.. Ayuh! kita bangkit.. ni IA sharekan "translate" lirik lagu ni untuk tatapan & pemahaman lagi para pembaca:
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka akan pulih semula
Bangkit
Dengan nama yang Maha Esa
Maafkan aku aku terlena
Mata buka tapi aku leka
Sekarang kita sedia pasang deria kita lebih peka
Siap gerak gempur
Siap rentak tempur
Redah onak lumpur
Maju tiada undur
Tak kenal uzur hingga jasad kita terkubur
Kalau kurang kaki tangan lutut dan siku dihulur
Ini malam kita pakai tanjak songsang
Askar jati gerak senyap yang lain berkompang
Berani segorombolan tak takut bila seorang
Kuatkan benteng jangan ada yang berlobang
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Sabit, kau umpama cahaya
Yang menyinari bumi
Kau umpama Hang Jebat
Yang melindungi hak dirinya
Kau umpama senjata
Yang melindungi tanah
Sememangnya pendekar yang gagah perkasa
Mana Tun Fatimah
Mana semangat Tun Teja Datuk Maharajalela
Mana cucu Datuk Merah
Keberanian Sarjan Hassan dan Leftenan Adnan
Mari memartabatkan perjuangan Datuk Bahaman
Keris dulu dalam tangan sekarang dalam otak
Paling tajam tak perlu hunus keluar tengkorak
Catur congak cukup sebelum langakah diorak
Tanpa rancangan rapi dah tentu kemenangan rosak
Rapat-rapatkan saf dan buka kuda-kuda
Bila bersatu tunggu lihat siapa berani cuba
Yang akan datang menaruh pada yang semasa
Bangkitlah nusantara
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila dijajah boleh tawanlah semula
Bangkit ingat ketua dulu supaya jalan lurus
Kalau tidak ditepi bendung ku tak berakar
Jadi bangkit berkumpul di bawah panji berbulan sabit
Tak sujud pada sesiapa di bawah langit
Tak mengalah walaupun betapa sakit
Sebelum layar bahtera mari kita
Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian
Bersakit-sakit dahulu bersenang senang kemudian
Kemudian
Bangkit bila ditolak jatuh bangunlah semula
Bangkit bila diluka nanti pulihlah semula
Bangkit biar bersusah dulu nanti senang semua
Sakit pada luka kan pulih semula
Bangkit.. bangunlah semula
Bangkit.. tawanlah semula
Bangkit.. umpama cahaya
Hope jangan tension2 lepas baca post kali ni..hehe
TQ sbb sudi baca post IA .. :D
2 comments:
Bangun boleh ?
hehe :)
suka lagu positif mcm ni.
Bukan lagu tu untuk bola ke?
Post a Comment