ﻢ ﷲ


EN. NUFFNANG ☺

Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺

Tuesday, May 6, 2014

Episod Awal Tahun 2014

Asalamualaikum, Selamat sejahtera pada semua pembaca untuk tahun 2014. Ya, 2014 dan ini post IA pertama untuk tahun ni. KENAPA? sebab "kemalasan" IA terhadap kemaskini blog yang tak sudah2 dalam diri IA ditambah dengan kerja yang semakin bertimbun. TAPI kenapa hari ni boleh update? haaa sebab IA nak cerita ringkas sikit pasal awal 2014 ni. Rasa janggal, ralat, bersalah, terkesima.. haha macam2 dalam diri setelah melihat rakan2 blog dan rakan blog yang baru berkecimpung dalam blog ni pon dah lebih 10 artikal blog ditulisnya. (dahsyat le tu kononnya hihi, jgn marah :P ) Okay, IA nak critakan mengenai MH370 yg melanda negara (malaysia) awal pagi 8 mac yang lalu. Bagaimana kawan2 rasa? adakah betul2 kemalangan atau konspirasi? bagi IA kedua2 teori ini boleh IA terima sebab apa2 petunjuk pon tak dapat ditemui. IA ambil keputusan.. DIAM diri dan berdoa kepada Allah swt kerana Dia saja yg tahu apa sebenarnya kisah berlaku..

 

Baiklah, Isu kedua pasal kemarau yang melanda sebahagian Malaysia terutama di semenanjung malaysia. Perasan tak kemarau ni makin lama makin panjang dan jumlah kuantiti air juga turut menurun ditambah pula isu pencemaran air yang dilakukan oleh "tangan2 manusia itu sendiri" yang melakukan kerosakan. Pernah tak kawan2 tahu pasal ya'juj dan ma'juj? makhluk ini adalah sejenis makhluk yg membawa kerosakan.. IA nak kawan2 pembaca berfikir sendiri. bukan IA nak tuduh ke apa, tp fikirlah sejenak, siapakah punca yang membawa segala "kerosakkan" ini. tepuk dada tanya selera, IA tak tuduh ya.. sekali lagi., berkali lagi, TAK TUDUH. hehe balik pada kemarau, masihkah kawan2 dan IA sendiri sedar bahawa dunia sekarang dah hampir berakhir dan hampir semua peringatan (tanda) telah pun keluar sebagai persiapan kita menuju akhirat. jikalau tanpa peristiwa akhir zaman pon, kita wajib siapkan diri kita untuk bertemu dengan Allah SubhanahuwaTa'ala. perjalanan di dunia memang hendak menuju akhirat, cuma akhir zaman ni mencabar sedikitla dan berhati2 dalam fitnah2 dunia yang kian meruncing.

Isu harta tertanam di pulau nangka! haah apa kena mengena? ya ada kena mengena, sebab tu IA ada post kat status peribadi FB IA pasal pulau nangka ni beberapa hari lalu.. statusnya begini : "Jangan harap korang boleh bawak keluar harta kat pulau nangka tu selagi tak berbincang dengan waris sebenar yang menjaga harta tu.. 
Niat pon dah tak betul kan, cam na nak dapat kan.. hmmm
TEGAKKAN ISLAM DAHULU, Insha'Allah ada jalan...
*kepada waris sebenar yg terbaca kat media mengenai pulau nangka tu, harap jangan terpedaya dgn pujukan media yg inginkan waris sebenar keluar, 
**saya sndiri pon tak tahu di mana waris sebenar, jgn tanya, jgn persoal ya...."

Ya... IA pon hanya bagi pendapat bahawa harta tersebut memang sukar nak dapat melainkan dengan izin ALLAH, bukan dengan ketamakkan diri manusia, akibat tamak, maruah diri dan negara juga boleh tergadai, dah berjuta2 bilion juga habis oleh syarikat berkenaan tetapi khazanah yg ingin dicari itu masih gagal dijumpai spenuhnya, walhal teknologi makin canggih. menurut cerita dari salah seorang dari pewarisnya (dirahsiakan supaya beliau tidak diganggu maaf ya :) ), khazanah tersebut untuk umat2 ISLAM sunnah yg menyokong gerakan al mahdi sahaja yg bertujuan utk memerangi pengikut dajjal al masih. dan khazanah itu hanya boleh diambil oleh waris sebenarnya sahaja, sememangnya semua khazanah di pulau nangka adalah kepunyaan kesultanan melayu melaka (malaya atau malaysia). IA juga malas nk kupas tajuk melaka ni lebih2 sbb nanti ada yg membangkang akibat dididik FAKTA dari penjajah british dulu. sememangnya kalau nak buat apa pon, niat wajib dibaiki dan dibetulkan supaya mendapat keredhaan ALLAH swt bukannya kerana lain.

KESIMPULAN yg IA nak buat, ayuh bersama kita dekatkan diri dengan Allah swt dan memohon pada Allah agar umat2 Islam yg telah terpesong diberikan hidayah dan petunjuk secepat mungkin kerana kita juga risau akan fitnah dajjal yg kian muncul sejak akhir2 ini. SEDARLAH sahabat2 ku.. 
biarlah post IA ni tak dapat sambutan, yg penting IA dh selesai 1 tanggungjawab mengajak kawan2 melakukan kebaikan dan sedar akan apa yg berlaku skrg.. itu belom lagi IA crita pasal kononya ada militan bagai sejak kedatangan obama, biarlah IA cerita di post yg lain. IA pasti, pembaca dh skip banyak tempat kan3? so maafkanlah IA yang kurg pandai menulis blog.. jumpa lagi di lain penulisan. terima kasih kerana sudi tengok dan baca. :) 

SHOUT !!!