ﻢ ﷲ


EN. NUFFNANG ☺

Sahabatku Dunia Sampai Akhirat ☺

Saturday, April 23, 2011

Perjuangan Cinta Abadi & Duniawi.. ☻



Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..Ada pula yang kate saya kuat emo..Sikit-sikit nak marah..Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lainsaya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak sayaterutamanya pelajar-pelajar perempuan..Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..tapi saya tak kesah..asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..Memang lumrah manusia..Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanitaMacam itulah yang saya rasa..Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..Di dorm sms awek sampai pagi..ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit..

Saya mula berfikir.."Adakah aku perlu BERCINTA?"Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..Dan masa itulah saya kenal awak..saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..Mula-mula awak jual mahal..Tapi saya tak kisah..nak beli gak..akhirnya, dipendekkan cerita..saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangatApa orang kata..'ALL OUT'lah..haha..Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..'gayut' malam-malam..kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..Tidak terasa pun kehilangannya..

Mase bercinta memang indah..Semuanya indah.. Sikit-sikit gurau-gurauSikit-sikit gelak-gelakkalau merajuk men pujuk2..kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..
Saya pernah terikir..Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,kata saya macam-macam..Asalkan awak memahami saya..

Satu hari saya dengar ceramah..Alhamdulillah..Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosadan saya kena brubah..Hidup saya mesti selari dengan Islam..Saya kena jadi baik..Sebab memang itu fitrah manusia..mengingin akan kebaikan..semua orang nak masuk syurga kan?


Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..Rapatkan diri dengan Al-Quran..Selalu solat jemaah awal waktu..Selalu dengar tazkirah.. Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur QuranSaya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,Saya taknak jadi baik seorang diri..jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..saya kejut awk bangun subuh..(calling)saya ajak awak saling beri tazkirah..

Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..bercinta kerana Allah..Kita couple tak macam orang lain..Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..ade yang siap wat mksiat lg..pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..Jaga batas-batas syara'..Tak guna ayat jiwang-jiwang
janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..cuma sms dan call je..

Dan awk terima perubahan saya itu..Saya pun banyak nasihat awak..Awk pun terima..Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tuTapi saya faham, perubahan memerlukan masa..Dan akhirnya saya rasa..Hubungan kita semakin diredahai..Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..


Dalam proses perubahan saya,Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.Kalau kita tidak berdakwah..kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat diantara mereka berkata: "Mengapa kamumenasihati kaum yang Allah akanmembinasakan mereka atau mengazab merekadengan azab yang amat keras?" Merekamenjawab: "Agar kami mempunyai alasan(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,dan supaya mereka bertakwa".

Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adikTegur mereka apa sahaja yang silap..Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..Saya mesti nak tegur.Selemah2 iman tegur dengan hati, oleh sebabsaya nak jadi orang kuat iman..Ape lagi..tegur je la depan-depan..huhu~~

Lepas tu, satu masa..saya terbaca pasal couple..

"COUPLE HARAM"


Saya tak percaya..tapi bila baca detail-detail yang dia bagi..macam betul pulak..huhu~~tapi biasala..kalau kita suka satu benda tu..kita tetap akan cari alasan untuk 'membenarkan' pendapat kita..

Saya pun buat tak tahu pasal benda tu..dan teruskan saja hubungan kita..kita tak buat maksiat..Kita jalan-jalan pegang tangan..tak jiwang-jiwang..Cuma saling ambil berat..Tanya khabar..Borak-borak..Siap bagi tzkirah lagi..Apa yang haramnya dengan benda ni?Tak kisahlah..

Masa terus berlalu...

          Masa ni dah nak dekat Trial SPM..lagi tiga minggu sebelum trial..dalam masa tu, saya memang rajin study dengan kawan..buat study groupPada masa yang sama, bagi tazkirah..

Ada yang terima..ada juga yang buat tak tahuKadang-kadang bila tegur..saya kena marah pula..macam-macamlah alasannyaada kata saya tegur tak berhikmah..ada yang kata saya menunjuk-nunjuk je..Tapi tak kisah..saya ada tempat mengadu..huhu~~


Suatu masa..ketika sedang mentadabbur Al-Quran seorang diri..saya terjumpa ayat ini..

Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berfikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)

Saya pun terfikir..

"Selama ini aku asyik tegur orang je.
Tapi aku sendiri masih banyak kekurangan,
Cepat marah, suka buang masa,
ade gak dosa-dosa yang masih dilakukan..
Macam mana ya?"



Lepas tu terjumpa pula ayat ini..

Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)

Tiba-tiba saya terfikir satu keritikan kawan..

"Alah kau tu..cakap je berapi..gaya alim,tapi couple gak..sama aje kau
dengan kami..tegur orang konon.."

Berfikir sejenak..Sebenarnye ber'couple' ni boleh ke tidak?Adakah selama ini saya hanya menganggap ia boleh?Habis tu, kenapa saya rasa malu bila mak dan ayahtahu saya selalu berhubung dengan perempuan?Dan terkadang saya rasa serba salah?

Macam-macam yang saya fikir..

Dipendekkan cerita lagi sekali..saya ke Pulau Pinang untuk mengikuti satu seminar dkwh..Saya harap dengan seminar ni kefahaman saya mengenai dakwah akan lebih mantap..

Dalam perjalanan ke seminar tu..saya masih sms lagi dengan awak dalam bas..
sempat lagi pesan-pesan supaya jangan lupa baca Al-Quran hari ini, solat awal waktu..Dalam fikiran saya.."Ni kira dakwah juga..saling ingat-mengingati.."


******


Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiriLagipun kami semua penat..takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.Tapi saya tragak-agak.."Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nakbuat macam mana? Aku kena clash ke?Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalautak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.

"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Nta nak tanya apa?"

"Er..macam ni,sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorangkawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kate..mesti dia marah nnt. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"

"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat nta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau nta paham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada nta ialah, setan telah buat nta pandang indah benda buruk yang nta lakukan. Walaupun nta berpandangan tajam, maksudnya nta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat nta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat nta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa nta sms dengan dia, nta ingat Allah. Mesti ada masanya nta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"

Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia taknak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, nta dah janji taknak jumpa dengan dia lagi. Nta dah dapat 

elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. kalau nta janji taknak call die pula, nta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akh..masih ada zina yang tetap nta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Nta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun nta buat, nta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada nta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada nta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sgt."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jwb..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang nta. Nta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya trdiam lagi.

"Pasal die pula, cube nta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan nta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tagguungjawab nta, apa yang nta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sndiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sdar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Nta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan nta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu nta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tiggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akh, nta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Nta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, nta nak tuggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tiggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tiggalkanla benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."


Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awk. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..mmg tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sbenarnya..
Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.


*******


Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupekan awk, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang.
Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gk yg stuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredahaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya taknak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu, 

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan, 
kekecewaan, 
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yang diredahai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..

Takkan..buat selama-lamanya..




*Dpetik dari artikel yg dihntar oleh sahabat saya..






Monday, April 18, 2011

Kisah Pada Satu Malam ☺

AsSalam kwn2 ku, ini adalah entri pertama aku yg asli dalam tahun ni, maknanya, tahun ni aku banyak ambil artikel2 dari sumber lain dan aku olahkan dalam perkataan aku..haha punya la terer aku cedok2 ni... tp bg entri kali ni, aku ambik inisiatif, tulis blog dgn cerita aku sendiri setelah melihat kwn2 tulis cerita hidup depa sendiri.. (tiba2 keluaq loghat utara no..) mmg la, cek ni org Utara.. Kalau hampa nk taw, cheq ni dilahirkan kat penang, mmbesaq kat kedah, sampai smbung stdy pon kat kedah lagi ( bukan saja mintak kt sini tp rezeki nk blajaq still kat sini, bukan salah cheq..hehe) tapi bukan yang ni cheq nk habaq kat blog ni, cheq smlm dapat satu berita tergempaq yg tak penah semena2 berlaku dlm hidup cheq. Nk taw apa??
Meh sini cheq nk crita kat hampa..
Smlm slepas cheq habis meeting untuk projek persatuan & subjek cheq, Bengkel Etika & Kerjaya Media, cheq teruih pi cafe nk pi cocok duit kat ATM (sambil2 buat2 jalan macho..haha) tak de lah gurau je, cheq pon jln cm hmpa gak, besa2 ja..

Sambil2 aku jalan tu, dlm pertengahan meja cafe tu, cheq ternampak member cheq sedang sibuk duk siapkan asgment group depa kat cafe, member cheq ni classmate & kosmate cheq gak..haha tp pasai asgment group tu, group cheq awai2 lg dh setel.. tak la risau..hehe (ayat plepas)
Cheq pon duduk la join dgn depa, saja2 jdi penyibuk sat, mklumlah, cheq ni gak suka myibuk2.. bila cheq duduk tu, cheq tnya la mcm2 soalan myibuk.. yela, takkan nk duk saja plak kn??
Pastu, member cheq ni dia tnya cheq plak.. taw tak apa soalan yg dia tanya??
Cm ni cara dia tnya “ wei at, hang berani tak? mau tak jadi pelakon extra utk drama komedi RAMPOMPOM?”

Pastu cheq pon dlm hati “cis, ingat aku ni penakut ke depan kamera” (padahal mmg pon) kah3
Cheq dgn slamber derk je jwb, “ehem2 bleh gak..” “tapi  shoot kat mana? Pasaipa plih aku?”

Dia pon jwb “ aku kna cari plakon extra yg kurus sorang & aku tgok yg tuff kurus dlm kelas kita hang sorg ja..” Dia kata, shoot dalam kawasan UUM & Sekitar Kangar ja, juz nk pakai watak extra dlm 3 hari.
Aku pon jawab “o... cm tu” dlam crita tu, diorg nk 2 org watak bdan yg besar & sorg watak bdan kurus, yg nk join main pasukan rugbi. Aku rasa mmg klakar la crita ni nanti, production yg shoot crita ni bkn calang2 org taw, kata mmber aku yg disampaikan oleh lecture aku, diorg ni dari production luar, bkn yg dlm kampus, & crita ni jugak akan dityangkn kat astro bila dh siap shooting nanti..



Dipendekkan crita smua aku pon stuju la trima tawaran tu sbb nk timba pgalaman, & kalau hmpa nk taw, aku blom pernah lagi blakon & brhadapan dgn kamera, tak taw la cm na nanti..tp itu pon baru je tawaran blum tntu lagi aku dpt blakon ke tak..hehehe

So, skian la saja entri aku kali ni..smoga ampa jgn tersengguk2 bca.. mklum lah, tak pernah lagi tulis entri sndri, nanti kalu da masa & minat, dan juga peminat dlm blog ni, aku tulis lagi ye kwn2.. ok wassalam.


P/S: aku nk tanya pendapat hmpa la, rasa2 patot tak aku trima tawaran tu? Bg komen skit no. ^_^

KLIK SINI UNTUK SUMBANGAN KEPADA BLOGGER



Friday, April 1, 2011

Rokok Mengikut Kacamata Al -Quran

 Dalil 1:


“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusuk dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang tiada berguna.” (Surah Al-Mu’minun: 1-3).Ummu Salamah berkata, “Rasulullah melarang daripada mengambil setiap bahan yang memabukkan (muskir) dan yang melemahkan badan (muftir).”(Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)




►       Rokok adalah perkara yang tiada mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri, orang lain, masyarakat, dan seterusnya kepada Islam. Rokok juga melemahkan system dalam badan sedikit demi sedikit tanpa disedari. Menjadikan kita ketagih tetapi tiada bermanfaat.



Dalil 2:


“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”.(Surah Al-Baqarah: 195). “Janganlah kamu membazir kerana sesungguhnya membazir adalah sahabat-sahabat syaitan.” (al-Isra’: 27)


►       Membelanjakan wang untuk perkara yang tidak berfaedah dan malahan boleh mendatangkan bahaya adalah satu perbuatan yang membazir dan amat ditegah dan hukum membazir adalah haram (berdosa).



Dalil 3:


“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ke dalam kebinasaan, dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik”(Surah Al-Baqarah: 195). “Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu”(An Nisa’: 29)


►       Berdasarkan kajian saintifiknya dan memang pun dibuktikan dengan realitinya bahawa rokok membawa kebinasaan bukan sahaja kepada diri perokok sendiri tetapi kepada orang lainnya. Oleh itu merokok adalah satu perbuatan membelanjakan harta ke jalan yang salah, yang membawa kebinasaan dan bukan merupakan satu tindakan yang wajar dilakukan.


►       Selain itu, rokok bukan sahaja boleh bertindak membunuh diri sendiri, tetapi juga orang lain.



Dalil 4:


“Sungguh berbahagialah orang yg suka membersihkan dirinya (berakhlak baik) dan sungguh rugi org yg berperangai buruk”. (As-Syams: 9-10)


►       Dengan merokok, badan kita dikotori dengan pelbagai jenis bahan kimia berbahaya. Samaada kotor pada luaran badan atau dalam badan. Pelbagai bahan kimia akan masuk ke dalam tubuh melalui paru-paru. Seterusnya boleh mengakibatkan kerosakan system organ di dalam badan.



Dalil 5:


Syaitan berkata, ‘Aku akan suruh mereka mengubah ciptaan ALLAH.’ Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai pelindungnya selain ALLAH.’ Sesungguhnya dia akan menderita dengan kerugian yang nyata.” (an-Nisa’: 119).


►       Dengan merokok rupa wajah atau seri muka akan berubah menjadi lebih buruk daripada biasa. Kesan penuaan juga lebih ketara dan lebih cepat berbanding kepada mereka yang tidak merokok. Tubuh juga berubah daripada sihat kepada berpenyakit. Daripada bersih kepada kotor.



Dalil 6:


Dilaknat seseorang yang mendatangkan kemudaratan kepada seseorang mukmin yang lainnya ataupun menipunya.” (Hadis Riwayat Tirmidzi). “Barangsiapa menyerupai selain dari kita, maka sesungguhnya dia bukanlah dari golongan kita (Islam). Dan janganlah kamu menurut atau mengikut-ikut kaum Yahudi dan Nasrani”(Hadith Riwayat Al-Tirmidzi).“Barangsiapa memberi pertolongan untuk membunuh orang muslim walaupun hanya dengan separuh kalimat, maka ia pasti menghadap Allah dengan di antara kedua matanya tertulis: Aayisun min rahmatillah (orang yang putus dari rahmat Allah”.(Hadith Riwayat Ibnu Majah). “Dan janganlah kamu bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan permusuhan.” (al-Maidah: 2)


►       Rokok adalah agenda propaganda Yahudi dan musuh Islam untuk menipu, menindas, dan memperdayakan umat Islam. Rokok adalah keluaran barat dan Yahudi (musuh Islam). Dengan membeli rokok maka kita akan mendermakan duit kita kepada Yahudi Laknatullah semata-mata untuk perkara yang tiada faedahnya (rokok). Dan seterusnya kita juga ditipu apabila rokok hanya akan mendatangkan pelbagai masalah (penyakit) kepada kita. Seterusnya, duit yang kita belanjakan untuk rokok, pastinya akan digunakan oleh mereka (Yahudi Laknatullah) untuk memajukan system peperangan mereka dan seterusnya digunakan untuk menindas dan membunuh umat Islam seperti di Palestin, Iraq, dan sebagainya.
-       Jadi, kesimpulannya di sini, dengan rokok, samaada secara sengaja atau tidak, dan secara sedar atau tidak, kita telah pun membantu dalam usaha untuk suatu perkara yang sangat dilaknat (membunuh dan menindas).





Pandangan Para Ulama Termasyhur



Berdasarkan hujah-hujah al-Quran, Hadis, dan sains, para Ulama besar telah pun sepakat memfatwakan bahawa Hukum merokok adalah haram kerana ia mendatangkan terlalu banyak keburukan dan dalam masa yang sama ia juga membantu musuh Islam menghancurkan umat Islam serta membahayakan bukan sahaja diri sendiri tetapi orang lain. Hukum ini diputuskan oleh ulama-ulama besar dan masyhur dunia seperti Syeikh Ahmad as-Sanhuri al-Bahuti dan Syeikh Ibrahim al-Liqani dari Mesir, Syeikh Abdul Ghaith al-Maliki dari Morocco, Syeikh Najmuddin bin Badruddin dari Syiria, Syeikh Ibrahim bin Jam’an dari Yaman, Syeikh Abdul Malik al-Isyami dan Muhammad bin ‘Alamah dari Mekah dan Madinah serta ramai lagi ulama dunia. Hukum haram kepada pengambilan rokok juga turut difatwakan oleh ulama tersohor dan kontemporari dunia masa ini dari Universiti al-Azhar Mesir iaitu Prof. Dr. Yusuf al-Qardhawi.

Pada persidangan yang ke 23, pada tahun 1995, Majlis Fatwa Kebangsaan (Malaysia) juga turut sepakat memfatwakan aktiviti yang bersangkut paut dengan rokok adalah haram atas alasan rokok membawa lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan. Dan jika ada kebaikannya pun, ianya adalah amat tidak berbaloi untuk mengambilnya berdasarkan kepada masih ada lagi bahan lain yang lebih baik dan tidak berisiko.

Apakah apabila sudah datang suatu keadaan yang parah dan tenat kepada kesihatan anda nanti baru anda hendak ambil keputusan untuk tidak merokok? Sudah tentu anda akan berasa amat menyesal pada masa itu, kerana semuanya sudah terlambat. Oleh itu, hargailah setiap kurnian dan kesihatan semulajadi yang telah dikurniakan oleh ALLAH kepada kita pada masa ini. Jagailah ia dengan sebaik-baiknya sebagai tanda kesyukuran kita kepada-NYA… Janganlah jadi hamba rokok!!!...

SHOUT !!!